Liverpool masih mampu kejar gelaran treble

Liverpool masih mampu kejar gelaran treble

LIVERPOOL – Liverpool terlepas peluang merangkul empat kejuaraan musim ini selepas tersingkir daripada saingan Piala FA di tangan Plymouth Argyle, namun di landasan terbaik untuk memenangi gelaran treble.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Everton esok (awal pagi Khamis) untuk terus menjarakkan diri di puncak Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Arne Slot kini mendahului liga dengan kelebihan enam mata ke atas pesaing terdekat, Arsenal dan berpeluang melebarkannya kepada sembilan mata sekiranya menang di Goodison Park.

Jurang selesa itu akan meletakkan Liverpool semakin hampir dengan gelaran ke-20 – menyamai rekod Manchester United.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Namun pertemuan dengan Everton tidak boleh dipandang remeh memandangkan skuad kendalian David Moyes kini cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi liga.

Bagaimanapun Liverpool mempunyai beberapa kelebihan menjelang derbi Merseyside terakhir di Goodison Park.

Selain percaturan taktikal Slot yang mengelirukan, peranan Mohamed Salah yang menerajui serangan balas Liverpool bakal menghukum lawan. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *