PAMANDZI – Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte pada Khamis merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha bagi membantu mereka.
Sekumpulan penduduk turut meluahkan rasa marah ketika pemimpin Perancis itu melakukan lawatan di Pamandzi dan menggesa lebih banyak bantuan dihantar.
Pihak berkuasa Perancis setakat ini mengesahkan 31 kematian tetapi beberapa pihak menyatakan kebimbangan kemungkinan mangsa yang terkorban mencecah ribuan orang.
Menurut laporan media, banyak kawasan masih tidak dapat diakses apabila hujan lebat memburukkan keadaan.
Sementara itu, kerajaan pimpinan Macron telah dikritik pemimpin parti pembangkang yang mendakwa mereka mengabaikan penduduk di kawasan daif itu yang dipercayai belum menerima bantuan sejak Taufan Chido melanda.
Macron berkata, kerajaan akan menghantar lebih banyak bantuan makanan dan air, termasuk kerahan 400 anggota pasukan tentera untuk memastikan keselamatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252