Samaiden Tutup TK2024 Dengan Rekod Hasil RM227.2 Juta dan RM21.9 Juta dalam PBT

Sukuk wakalah Samaiden terima penarafan RAM

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden), pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutama dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan pelaburan aset solar photovoltaic (PV) dan loji tenaga boleh diperbaharui lain, telah menerima penarafan RAM Ratings Services Berhad (RAM Ratings) untuk Penarafan Kredit Korporat A1/Stabil/P1 untuk kali pertama kepada Kumpulan.

Pada masa sama, RAM telah memberikan penarafan serupa kepada program Kertas Komersial Islam (ICP) pelbagai mata wang Samaiden sebanyak RM500 juta dan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) sebanyak RM1 bilion, secara kolektif dikenali sebagai Sukuk Wakalah.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata penarafan A1/Stabil/P1 daripada RAM Ratings adalah bukti kekuatan kewangan, visi strategik dan dedikasi syarikat terhadap pertumbuhan yang mampan.

“Penarafan ini meningkatkan lagi kredibiliti kami dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, menarikpelabur sofistikated dan memberikan kami kelonggaran untuk meneruskan projek berskala besar di peringkat domestik dan serantau.

Komitmen kami untuk memacu agenda tenaga hijauMalaysia sambil mengekalkan kedudukan kesihatan kewangan yang kukuh meletakkan kami untuk kekal sebagai penerajudalam industri tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Penarafan yang diberikan mencerminkan kehadiran Samaiden yang mantap dalam pasaran EPCC solar Malaysia, disokong oleh buku pesanan yang sihat, prestasi kewangan yang konsisten dan metrik kredit yang kukuh.

Sehingga November 2024, Samaiden telah memasang lebih 500 MW sistem suria, mewakili bahagian pasaran yang ketara dalam pasaran EPCC solar Malaysia. Ini termasuk projek merentasi ladang solar berskala besar, sistem PV solar komersil, perindustrian dan kediaman.

Pui Hee berkata, walaupun inisiatif ini memerlukan pelaburan modal yang lebih tinggi, Kumpulan komited untuk mengekalkan metrikkredit yang kukuh melalui pengurusan kewangan yang berhemat dan memanfaatkan pembiayaan projek bukan rekursa.

Program Sukuk Wakalah menawarkan fleksibiliti Samaiden dalam mengeluarkan tranche Sukuk berkadar atau tidak berkadar, bercagar atau tidak bercagar, memastikan penjajaran dengan keperluan pembiayaan strategiknya.

Fleksibiliti untuk menstruktur instrumen di bawah program Sukuk meningkatkan keupayaan Samaiden untuk menyokong rancangan pertumbuhan jangka panjangnya dan mempelbagaikan sumber pembiayaan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *