Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum

Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum

IPOH – Polis menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang dipercayai lemas di kawasan Hutan Royal Belum ketika menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot, 1 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Zulkifli Mahmood berkata, operasi mencari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi dari Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor itu ditamatkan pada jam 6 petang semalam.

“Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Disember lalu, Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya ketika melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi.

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin dari pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak ditemukan oleh pasukan penyelamat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *