PGMOL pecat pengadil kontroversi, Coote

PGMOL pecat pengadil kontroversi, Coote

LONDON – Pengadil Liga Perdana Inggeris, David Coote dipecat oleh badan pengadil bola sepak Inggeris, PGMOL semalam, selepas siasatan mendapati tindakannya melanggar kontrak.

Coote digantung tugas bulan lalu selepas video yang tular di media sosial menunjukkan pengadil itu mengkritik Liverpool dan bekas pengendalinya, Jurgen Klopp.

“Selepas siasatan menyeluruh terhadap tindakan David Coote, kontraknya bersama PGMOL ditamatkan hari ini,” kata PGMOL.

Coote bagaimanapun masih boleh membuat rayuan ke atas keputusan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam rakaman video berkenaan, Coote mengatakan Klopp sebagai “sombong” dan menggunakan bahasa yang kasar.

BBC melaporkan video itu seperti merujuk kepada perlawanan antara Liverpool dan Burnley yang diadili Coote pada Julai 2020, yang berkesudahan seri 1-1. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *