Irwan Fahmi Ideris

Apa jasa KK Mart hingga dinobat Usahawan Terbaik?

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kecewa dengan kepimpinan kerajaan hari ini apabila mengiktiraf Pengasas KK Mart sebagai usahawan terbaik tahun ini.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Datuk Seri Dr. KK Chai mencetuskan kontroversi pada Mac lalu apabila menjual stokin dengan cetakan kalimah Allah.

“Apakah kerajaan mengiktiraf syarikat yang didapati bersalah oleh mahkamah dengan mengenakan denda masing-masing RM60,000 atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

“Apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang usahawan, sedangkan syarikat ini telah didapati bersalah dan kerajaan pula mengiktiraf sebagai usahawan terbaik?

“Di mana logiknya apabila orang bersalah mendapat pengiktirafan tersebut, sedangkan syarikat ini menghina agama Islam? Apakah kerajaan tidak peka dengan perkara ini?,” soal beliau menerusi kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan Dr. KK Chai yang merupakan pengasas dan Pengarah Eksekutif KK Group of Companies dinamakan sebagai Usahawan Terbaik Tahun Ini pada Anugerah SEBA 2024.

KK Group of Companies adalah pemilik kepada rangkaian pasar mini terkemuka, KK Supermart, yang mempunyai cawangan di Malaysia, Nepal dan India.

Menurut Irwan Fahmi, kerajaan perlu menyatakan dengan jelas apa jasa dan sumbangan KK MART kepada negara sehinggakan ianya dinobatkan sebagai usahawan terbaik.

Katanya, kerajaan hari ini seolah cuba mengiktiraf perkara yang haram menjadi halal, sedangkan perdana menteri adalah Islam, Melayu.

“Ternyata kerajaan tidak peka dan tidak sensitif berkenaan Islam Melayu kebelakangan ini dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh berdiam diri begitu sahaja,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *