Pasukan pengaman PBB di Lubnan perlu dihormati, kata Paus Francis

Pasukan pengaman PBB di Lubnan perlu dihormati, kata Paus Francis

ROME – Paus Francis mengeluarkan rayuan mendesak agar misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan (UNIFIL) dihormati, selepas beberapa askar PBB cedera akibat tembakan atau letupan semasa serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Francis berkata dalam doa Angelus di Rom bahawa beliau mengikuti situasi di Asia Barat dengan penuh kebimbangan.

“Saya menyeru sekali lagi gencatan senjata segera di semua medan perang. Marilah kita mengambil jalan diplomasi dan dialog untuk mencapai keamanan.”

Kenyataan paus itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru pasukan pengaman di Lubnan untuk berundur daripada kedudukan mereka di zon konflik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Serangan ke atas tentera PBB dan ibu pejabat mereka di selatan Lubnan beberapa hari lepas mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sekutu rapat Israel. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *