DIANGGARKAN lebih 60 orang cedera dalam serangan dron yang menyasarkan wilayah Binyamina di utara Israel, kata pakar perubatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, organisasi kecemasan sukarelawan Kesatuan Hatzalah berkata, terdapat mangsa yang cedera parah dan ringan akibat serangan itu.
Kesemua mereka, kata kesatuan itu, telah dikejarkan ke lima buah hospital sama ada dengan ambulans atau helikopter.
Pasukan pejuang Hezbollah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang dikatakan menyasarkan kem latihan Briged Golani, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan itu, yang berpangkalan di antara Tel Aviv dan Haifa.
Pejabat media kumpulan itu berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan Lubnan dan Beirut pada Khamis.
Hezbollah turut memakluan, pasukan tu menyasarkan kem di utara Israel menggunakan “sekumpulan dron.”
Peraturan lembaga penapisan Israel menghalang saluran media menyatakan dengan tepat di mana atau apa yang disasarkan, namun, beberapa media melaporkan, lokasi itu diserang oleh dron peringkat rendah yang dilancarkan dari Lubnan – senjata yang tidak begitu canggih yang nampaknya tidak mengaktifkan penggera amaran awal.
Rakaman yang disiarkan oleh media Israel menunjukkan mereka yang cedera dibantu masuk ke dalam kenderaan kecemasan, termasuk helikopter.
Media Israel melaporkan 67 orang cedera termasuk empat berada dalam keadaan kritikal dan lima lagi cedera parah.
Kumpulan Hizbullah Lubnan, melancarkan serangan dron ke atas pangkalan tentera Israel berhampiran Haifa dengan pasukan penyelamat sukarelawan Israel melaporkan lebih 60 orang cedera, manakala empat anggota tentera terbunuh dalam serangan itu.
Pejuang Hizbullah mengancam untuk melakukan serangan yang lebih besar terhadap Israel sekiranya rejim Zionis itu meneruskan tindakan ketenteraan di Lubnan.
“Dengan bantuan ambulans United Hatzalah, kami memberikan bantuan kepada lebih 60 orang yang cedera dalam serangan itu dengan pelbagai tahap kecederaan seperti kritikal, serius, sederhana dan ringan, kata perkhidmatan penyelamat United Hatzalah dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Tentera Israel memaklumkan empat tenteranya terbunuh dalam serangan itu, sekali gus menjadi serangan paling dahsyat terhadap pangkalan Israel sejak 23 September lalu, ketika rejim terbabit meningkatkan serangannya terhadap Hizbullah di Lubnan.
“Hizbullah ‘menjanjikan musuh (Israel) apa yang ia saksikan hari ini di selatan Haifa tidak sebanding dengan apa yang menantinya jika ia memutuskan untuk meneruskan serangannya terhadap rakyat kami,” kata tentera Israel.
Pada masa sama, kumpulan itu turut melancarkan pelbagai jenis dron yang sebahagiannya digunakan buat pertama kali ke pelbagai kawasan di Acre dan Haifa, di mana mereka berjaya melepasi radar pertahanan udara Israel tanpa dikesan sekali gus mampu menyerang kem latihan di Binyamina, selatan Haifa.
Serangan berkenaan menyebabkan letupan di dalam bilik, di mana ia dihuni oleh puluhan pegawai dan anggota tentera.
Selepas mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan di Binyamina, Hizbullah berkata, mereka turut melancarkan peluru berpandu ke sebuah pangkalan yang berfungsi sebagai tempat penyelenggaraan dan pemulihan tentera, juga di selatan Haifa.
Insiden ini berlaku dua hari selepas siren serangan udara berbunyi di tengah Israel apabila dua dron memasuki negara itu dari Lubnan.
Sekurang-kurangnya satu bangunan di utara Tel Aviv mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.
Sejak setahun lalu, Hizbullah kerap melancarkan roket dan dron ke dalam Israel tetapi serangannya kini sudah mencapai kawasan lebih jauh sejak pertempuran meningkat pada akhir September.
Pertahanan udara Israel, termasuk sistem Iron Dome, berjaya memintas kebanyakan peluru berpandu berkenaan, dengan hanya sedikit kecederaan yang disebabkan oleh serangan atau serpihan yang jatuh.
Peningkatan konflik di Lubnan menyebabkan lebih 1,300 orang terbunuh dan lebih sejuta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut angka rasmi.
JERUSALEM: Perkhidmatan menyelamat sukarelawan Israel pada Ahad berkata lebih 60 orang telah cedera di selatan Haifa, di mana Hizbullah sebelum ini mendakwa serangan dron yang menyasarkan pangkalan tentera.
Dengan bantuan pasukan ambulans United Hatzalah, kami memberikan bantuan kepada lebih 60 orang yang cedera dengan pelbagai tahap kecederaan – kritikal, serius, sederhana dan ringan, kata perkhidmatan penyelamat United Hatzalah dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Awal Ahad, kumpulan militan Lubnan Hizbullah, yang berperang dengan Israel, berkata ia telah melancarkan skuadron dron serangan di kem latihan tentera di Binyamina, selatan Haifa, sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas negara itu.
Penyedia perkhidmatan kecemasan Magen David Adom (MDA) berkata kejadian itu adalah akibat serangan dron yang sangat serius.
Awal Ahad, kumpulan militan Lubnan Hizbullah, yang berperang dengan Israel, berkata ia telah melancarkan skuadron dron serangan di kem latihan tentera di Binyamina, selatan Haifa, sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas negara itu.
Penyedia perkhidmatan kecemasan Magen David Adom (MDA) berkata kejadian itu adalah akibat serangan dron yang sangat serius. – Agensi
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252