6 ahli keluarga Malaysia dari Lubnan selamat tiba di KLIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia dari Lubnan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Dalam kemas kini terbaru mengenai pemindahan rakyat Malaysia itu, Kementerian Luar berkata, kepulangan mereka menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dibawa keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari lalu seramai 17 orang.

“Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, Wisma Putra menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengaturkan penerbangan bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke Malaysia.

“Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada esok dan lusa,” kata kenyataan itu. – BERNAMA


Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *