MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish podium lagi di Misano

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish podium lagi di Misano

PELUMBA remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, sekali lagi mencipta sensasi selepas menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga dalam kejuaraan MotoGP Rookies Cup di Misano, Itali, awal pagi tadi.

Dalam perlumbaan yang sengit, pelumba berusia 17 tahun itu menamatkan perlumbaan di kelompok tiga terbaik walaupun memulakan perlumbaan dipetak ke-11.

Dia kini menduduki kedudukan ke-12 daripada 26 pelumba dengan mengumpul 70 mata secara keseluruhan selepas 14 perlumbaan di tujuh litar, lapor Stadium Astro.

Dalam perlumbaan di Litar Aragon sebelum ini, dia berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tempat kedua dengan catatan masa 22:59.039 saat. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *