Tentera Israel terus serang Tebing Barat, 10 rakyat Palestin maut

Tentera Israel terus serang Tebing Barat, 10 rakyat Palestin maut

TEBING BARAT – Ratusan tentera Israel bersama helikopter, dron, dan kenderaan perisai menyerang bandar-bandar Jenin dan Tulkarm serta kawasan lain di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin, serangan rejim Zionis itu mengorbankan 10 nyawa rakyat Palestin.

Serangan tersebut disifatkan antara terbesar yang dilihat di Tebing Barat dalam beberapa bulan ini selepas beberapa serangan kecil di lokasi tersebut.

Ini dalam usaha tentera Israel berusaha untuk menumpaskan pejuang Hamas di Palestin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Israel, David Mancer mendakwa, tiga pejuang Hamas di Jenin telah dibunuh dalam serangan udara.

Sementara itu, kereta kebal tentera Israel dilihat menghalang jalan di Jenin manakala cubaan beberapa ambulans melepasi kereta kebal di situ juga gagal.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *