Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh

Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh

ANDHRA PRADESH – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam satu letupan pada Rabu di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.

Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

Menurut penguasa polis daerah, operasi menyelamat sedang dijalankan.

Kebakaran berlaku pada sebelah petang di unit pembuatan Escientia Advanced Sciences milik persendirian seluas 40 ekar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kilang berkenaan telah beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli di negeri itu.

Setakat ini tiada kenyataan dari syarikat berkenaan.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Yahun lalu, dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kemalangan kebakaran serupa yang berlaku di reaktor pelarut di kilang Sahithi Pharma di daerah Anakapalli. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *