Anwar bimbang kadar tinggi nahas motosikal

Anwar bimbang kadar tinggi nahas motosikal

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, kebimbangan sama turut dizahirkan oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, dalam pertemuan mereka di sini, hari ini.

“Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.

“Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi, akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anwar berkata pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui Lam Thye, seorang aktivis sosial berpengaruh, berperanan mempromosi kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat, sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *