LISBON – Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara di media sosial selepas Portugal disingkirkan daripada Euro 2024 oleh Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.
Ada kebimbangan ini adalah penampilan terakhir bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu pada kejohanan utama bersama Portugal, dengan Ronaldo mendedahkan Kejuaraan Eropah kali ini adalah yang terakhir buatnya.
Bagaimanapun, jelas kelihatan penyerang Al-Nassr itu masih mempunyai beberapa tugas yang belum ditunaikan bersama pasukan kebangsaannya.
Ronaldo, yang kelihatan menenangkan rakan sepasukannya dan tonggak Portugal, Pepe, 41, selepas tamat perlawanan awal pagi kelmarin, hari ini mengeluarkan kenyataan dalam laman X mendakwa pasukannya berhak mendapat lebih lagi.
“Kami mahukan lebih lagi. Kami berhak lebih lagi. Bagi kami. Bagi setiap daripada anda. Demi Portugal. Kami bersyukur dengan setiap apa yang kami nikmati dan segala-galanya yang kami capai setakat ini,” tulis Ronaldo.
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menenangkan pemain pertahanan Pepe selepas tumpas di tangan Perancis pada suku akhir Euro 2024 di Hamburg kelmarin. – Foto AFP
Namun pemain berusia 39 tahun itu membayangkan dia akan terus beraksi: “Di dalam dan di luar padang, saya pasti legasi ini akan dihormati dan akan terus dibentuk. Bersama.”
Ronaldo, yang menjaringkan 130 gol dalam 212 penampilan buat Portugal sepanjang karier profesionalnya, mencetus kebimbangan mengenai masa depannya dalam bola sepak antarabangsa.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Tidak diragui ini adalah Kejuaraan Eropah terakhir saya,” katanya kepada akhbar Portugal, O Jogo awal minggu ini.
Kapten Portugal itu bagaimanapun gagal menjaringkan satu gol daripada permainan terbuka sepanjang kejohanan dan terlepas satu penalti ketika kemenangan anak buah Roberto Martinez ke atas Slovenia pada pusingan 16 terakhir.
Ronaldo dikhabarkan akan cuba terus beraksi hingga Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
Sekalipun dia gagal meledak pada Euro 2024, dia muncul penjaring gol terbanyak Liga Pro Saudi musim ini dan ketika persoalan dibangkitkan mengenai standard liga itu, Ronaldo terus memburu kegemilangan. – AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
