Kami mahu nikmati saat ini - Rieder

Kami mahu nikmati saat ini – Rieder

BERLIN – Pemain tengah Switzerland, Fabian Rieder berkata, pasukannya menampilkan persembahan terbaik ketika menewaskan Itali pada pusingan 16 terakhir Euro 2024.

Rieder hampir membuka jaringan pada minit ke-24 dalam aksi di Olmpiastadion, namun dinafikan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Switzerland kemudian memecah kebuntuan menerusi Remo Freuler pada minit ke-37, diikuti jaringan awal babak kedua oleh Ruben Vargas untuk kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan itu dan menempah tempat ke suku akhir.

“Saya hilang kata-kata, ia perlawanan paling penting dalam karier saya. Semua orang bermain untuk satu sama lain, kami beraksi dengan baik di bahagian pertahanan dan serangan… kami mempunyai pasukan yang hebat.

“Kami mahu menikmati saat ini sekarang tetapi akan terus bekerja keras untuk perlawanan seterusnya.

“Kami puas hati kerana berjaya menampilkan persembahan yang sangat baik. Kami membuktikan dari saat pertama yang kami mahu memenangi perlawanan ini,” kata Rieder.

Switzerland akan bertemu pemenang perlawanan di antara England dan Slovakia pada aksi suku akhir di Dusseldorf pada Sabtu ini. – REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *