Jasad Naib Presiden Malawi tiba di Lilongwe

Jasad Naib Presiden Malawi tiba di Lilongwe

LILONGWE – Jasad Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan mereka yang terkorban dalam nahas pesawat dihantar pulang ke ibu negara Malawi, Lilongwe pada Selasa.

Sejurus tiba di lapangan terbang dengan sebuah helikopter jenis AB-212 milik Tentera Udara Zambia, mendiang dan mangsa yang terkorban disambut orang ramai dan diberi penghormatan ketenteraan.

Mangsa yang terkorban kemudian dibawa dengan sebuah ambulans untuk dibawa pulang ke ibu negara bagi penghormatan terakhir.

Pesawat tentera yang membawa Chilima, calon yang berpotensi dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan, hilang pada Isnin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antara yang menjadi korban dalam nahas terbabit ialah bekas wanita pertama, Shanil Dzimbiri.

Pesawat itu meninggalkan ibu negara Lilongwe pada jam 9.17 pagi waktu tempatan pada Isnin, namun gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu seperti yang dijadualkan.

Presiden Malawi, Lazarus Chakwera berkata, semua penumpang di atas kapal itu terbunuh akibat impak yang kuat susulan kejadian.

Chilima, 51, pulang dari Korea Selatan pada Ahad selepas menyertai Sidang Kemuncak Korea-Afrika dan dalam perjalanan bersama penumpang lain pada pagi Isnin untuk menghadiri pengebumian bekas Menteri Kehakiman Malawi di utara negara itu. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *