Wei Chong-Kai Wun ke final Terbuka Indonesia

Wei Chong-Kai Wun ke final Terbuka Indonesia

JAKARTA – Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke final Terbuka Indonesia 2024 selepas mengecewakan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani di sini malam tadi.

Pasangan negara melenyapkan sorakan penonton tuan rumah di Stadium Istora Senayan, menewaskan beregu Indonesia di ranking ke-29 itu 29-27, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan saingan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam perlawanan akhir, hari ini.

Terdahulu, pasangan dari China itu mengetepikan pilihan keempat dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-13, 21-15.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Wei Chong mengakui penyokong tempatan memberikan tekanan di set pertama namun mereka mampu mengawal keadaan sehingga set kedua.

“Set pertama memang rasa gementar sikit dengan tekanan sebab penyokong mereka.

“Tapi set kedua rasa okey sikit. Kita pun tak fikir kita boleh sampai final, cuma cuba untuk menang setiap perlawanan. Esok kita ada perlawanan lagi, jadi kita kena bersedia,” kata Wei Chong. – BERNAMA

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *