Hizbullah lancar skuadron dron ke arah ibu pejabat tentera Israel

Hizbullah lancar skuadron dron ke arah ibu pejabat tentera Israel

BEIRUT – Hizbullah semalam melancarkan skuadron dron ke arah ibu pejabat tentera Israel dalam pertempuran rentas sempadan yang semakin sengit antara kedua-dua pihak.

Kumpulan pejuang itu berkata, mereka turut melancarkan puluhan roket Katyusha ke atas sasaran Israel di Bukit Golan.

Bunyi siren amaran serangan udara kedengaran beberapa kali di utara Israel, menyebabkan penduduk bergegas mencari tempat untuk berlindung.

Tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya berjaya memintas satu dron dari Lubnan yang membawa bahan letupan, manakala sekurang-kurang dua lagi jatuh di utara Israel.

Serangan dron serta roket secara berterusan sejak Ahad lalu dilapor telah mencetuskan kebakaran hutan yang besar di utara Israel.

Hizbullah menegaskan, serangan skuadron dron itu adalah tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Israel di Zrariyeh yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sempadan. – REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *