Pemimpin Agung Iran puji tindakan Hamas serang Israel

Pemimpin Agung Iran puji tindakan Hamas serang Israel

TEHRAN – Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam menzahirkan pujian terhadap tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Khamenei, 85, menegaskan serangan kumpulan pejuang itu ‘adalah tamparan penentuan terhadap rejim Zionis, sekali gus meletakkan Israel dalam laluan yang hanya akan berakhir dengan kemusnahannya.’

Beliau berkata, serangan itu ‘berlaku tepat pada masanya’ serta ‘menghancurkan satu konspirasi besar antarabangsa terhadap Asia Barat’ – dilihat sebagai berkemungkinan merujuk kepada langkah diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk mendorong hubungan diplomatik antara Israel dengan kuasa Arab.

Bercakap di hadapan ribuan rakyat yang berkumpul di makam pengasas Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, sempena majlis memperingati 35 tahun pemergian pemimpin itu, Khamenei berkata: “Rejim Zionis sedang beransur-ansur lebur di depan mata penduduk dunia. Lambat-laun, AS akan terpaksa menarik balik sokongannya.” – AFP

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *