RUMAH Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara semalam, mengikat kenangan manis dalam seumur tiga pasangan mempelai yang juga ahli PSBM.
Tiada siapa duga dan sangka, bab kata, ajal maut, rezeki dan jodoh di tangan Tuhan. Begitulah hari terindah yang dikecapi pasangan Amiruddin Hamdan dan isteri, Khalida Karim; Abdul Rahim Mohd Daud dan isteri, Rohani Ali serta Yusuf Amri dan isteri, Rohani Kassim.

Mereka diraikan dalam majlis sederhana tapi penuh bermakna oleh Presidennya, Datuk Seri Ramle Mat Daly, barisan kepimpinan dan ahli PSBM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Paling menarik, pasangan pengantin baharu ini adalah pemimpin dan ahli PSBM. Mereka bertemu jodoh ketika masing-masing berkhidmat menyumbangkan bakti kepada rakyat Malaysia.
Namun, dalam kesibukan, tidak disangka masing-masing terdetik di hati untuk mengenali lebih dekat dan akhirnya dipertemukan di pelamin.
Bagi meraikan pasangan mempelai ini, PSBM mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, yang turut dihadiri beberapa jemputan kenamaan.
Kira-kira 250 tetamu termasuk rakan taulan, sahabat NGO hadir memeriahkan majlis. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252