Julina Ketua Pengarah Penerangan baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) mengumumkan pelantikan Julina Johan sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Julina yang memegang jawatan akhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital Japen pada 2023 memilik Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia.

Menurut kenyataan Japen, beliau turut mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik dengan memulakan kariernya sebagai penjawat awam pada 1996. 

“Julina dilahirkan di Johor dan merupakan Ketua Pengarah ke-19 serta wanita kedua dilantik menerajui Japen sejak penubuhannya pada 1945.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi.

“Melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimilikinya, diyakini dapat memperkasakan tatakelola serta meneruskan kecemerlangan Japen,” kata kenyataan itu. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *