PDRM isytihar perang terhadap 'penjenayah' buli siber -KPN

Polis kenal pasti pemilik akaun media sosial berhubung kejadian simbah asid

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Kita menyiasat daripada semua sudut bagi menentukan motif yang jelas. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung suspek yang direman semalam, beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Razarudin turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *