DBP pelawa orang ramai menulis artikel untuk Rampak Serantau

DEWAN Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi mempelawa orang ramai yang berminat menulis artikel untuk “Rampak Serantau”.

Rampak Serantau ialah sebuah jurnal berkala yang pertama kali diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam pada tahun 1994.

Tujuan penerbitan Rampak Serantau adalah untuk memasyarakatkan karya ilmiah dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang dari ketiga-tiga negara anggota MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia)

Rampak Serantau diterbitkan secara bergilir-gilir oleh negara anggota MABBIM.

Terbitan ini diharapkan dapat menjadi sumber maklumat dan ilmu pengetahuan serta sumber rujukan untuk penyelidikan lanjutan.

Rampak Serantau diterbitkan dalam dua versi, iaitu buku bercetak dan bentuk digital yang dapat dicapai dalam laman MABBIM melalui pautan https://lamanweb.dbp.gov.my/majlis-bahasa-brunei-darussalam-indonesia-malaysia-mabbim/

Penyumbang perlu kemukakan maklumat seperti judul artikel, nama penuh, alamat kediaman, maklumat institusi, E-mel dan nombor telefon.

Tumpuan penulisan artikel Rampak Serantau tahun ini ialah dalam bidang Bahasa dan Linguistik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Sosiobudaya.

Abstrak ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang tidak melebihi 500 patah perkataan dan mesti mengandungi “kata kunci” (isu atau inti pati yang diketengahkan) yang tidak melebihi 10 patah perkataan.

Abstrak ini mesti mengandungi tujuan kajian, metodologi, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.

Hasil penulisan artikel boleh mengandungi foto, jadual atau rajah untuk menyokong hujah bagi tujuan rujukan.

Teks artikel pula mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan dengan menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau sebaris.

Artikel yang ditulis hendaklah tidak melebihi 15 halaman (termasuk rujukan, bibliografi, dan lampiran), manakala judul artikel dan nama penulis disertakan dalam teks penuh halaman pertama.

Bagi artikel yang dihantar menerusi e-mel, sekiranya mengandungi symbol fonetik (IPA) atau ejaan yang mungkin tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word, contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan bahan tersebut dalam bentuk fail PDF.

Penulis perlu memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan artikel mereka dalam bentuk bercetak atau secara dalam talian atau apa-apa juga bentuk lain yang sesuai.

Jika penulis ingin mengubah suai dan menerbitkan semula mana-mana artikelnya yang diterbitkan dalam Rampak Serantau, penulis perlulah memaklumkan bahawa sumber artikel tersebut adalah daripada jurnal terbitan MABBIM.

Jumlah penulis bagi sesuatu artikel tidak melebihi dua orang dan penulisan artikel hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 Julai 2024 dan hantar dalam format Mircosoft Word serta PDF ke alamat e-mel zeti@dbp.gov.my

Sila imbas kod QR di dalam poster atau tekan pautan https://qrco.de/bezDDU untuk muat turun borang dan Panduan Penulisan Artikel Rampak Serantau. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *