KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memohon kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Tambahan Yang di-Pertuan Agong kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Permohonan itu dibuat firma guaman, Cecil Abraham & Partners mewakili Tengku Zafrul menerusi surat bertarikh hari ini yang dihantar kepada Umi Salamah Mohamad yang juga Setiausaha kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh.
Dalam afidavit yang diikrarkan, surat itu mengatakan ia secara khusus berhubung pengataan yang terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 itu yang diikrarkan Timbalan Perdana Menteri berkenaan pada 9 April lalu.
“Memandangkan terdapat ketidaktepatan fakta yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah ini menurut Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
“Untuk rekod, kami juga selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil pendirian dalam merit pertikaian antara pihak-pihak. Anak guam kami hanya ingin memastikan fakta-fakta dikemukakan dengan tepat di hadapan mahkamah ini secara neutral,” katanya.
Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Tengku Zafrul memaklumkan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi memfailkan afidavit membetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit difailkan Ahmad Zahid berkaitan Titah Tambahan itu.
Sejurus selepas itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalan kenyataannya berkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada perhatian pihak mahkamah.
Sebelum ini, dalam afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan Titah Tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, oleh Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Titah Tambahan itu supaya Najib menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Tengku Zafrul menunjukkan kepadanya salinan Titah Tambahan itu dalam telefonnya yang diambil gambar dan diimbas sendiri dari salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).
Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jun ini untuk keputusan permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah. – KOSMO! ONLINE
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!
