BERITA UTAMA

Hassan Marican dilantik mengetuai Jawatankuasa Penasihat Dasar PM

PUTRAJAYA –Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat berkaitan soal  pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, jawatankuasa itu dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai Datuk Ahmad Fuad, Prof. Dr. Yeah Kim Leng dan Dr. Nungsari Ahmad Radhi.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari lalu yang juga dipengerusi Mohd Hassan.

“Cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran dari kerajaan. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *