Sayembara Penulisan Esei: Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar

PERSATUAN Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (PSSM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka penyertaan untuk Sayembara Penulisan Esei bertema “Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar” bermula sekarang.

Penyertaan terbuka kepada warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dengan setiap peserta boleh menghantar satu esei sahaja.

Esei yang dihantar mesti bertemakan “Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar” dengan panjang antara 1,500 hingga 2,000 perkataan yang ditaip jarak langkau dua baris menggunakan rupa taip (font) Arial 12 poin dalam format Microsoft Word.

Format penulisan pula bercorak separa ilmiah dan setiap esei yang dihantar hendaklah asli, tiada unsur plagiat dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana media bercetak atau digital yang rasmi serta tidak pernah memenangi hadiah dalam mana-mana sayembara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Esei yang mengandungi unsur sensitif dari sudut agama, perkauman, undang-undang, perlembagaan dan seumpamanya tidak akan diterima.

Hak penerbitan pertama bagi karya pemenang ialah milik penganjur, manakala hak cipta karya ialah milik penulis.

Karya penyertaan hendaklah dihantar dengan mengisi borang pendaftaran melalui pautan Google Form https://bit.ly//penulisaneseisungai.

Keputusan juri adalah muktamad dan tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai 2024

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Lima hadiah utama serta lima hadiah sagu hati disediakan kepada pemenang iaitu RM1,000 bagi hadiah utama dan RM500 untuk hadiah sagu hati.

Untuk keterangan lanjut, peserta boleh berhubung dengan urusetia Rosman Md. Shah (PENA) di talian 011-7305 6857 atau emel: sayembaraeseipuisisungai@gmail.com atau surat menyurat ke alamat, Sayembara Penulisan Puisi Sungai dan Pelestarian Alam Sekitar, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), 961-7 Jalan Dewan Bahasa, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *