Fahmi Ucap Tahniah Kepada Semua Pemenang FFM35

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penggiat industri perfileman, termasuk tenaga kerja di hadapan dan belakang tabir, yang terus menghasilkan karya serta mengangkat cerita tempatan ke peringkat lebih luas.

“Malam tadi kita raikan karya dan bakat filem Malaysia.

“Tahniah Khadam dan semua pemenang FFM35! Dari depan kamera sampai belakang tabir, teruskan berkarya, terus bawa cerita Malaysia lebih jauh,” katanya dalam hantaran tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada majlis itu, Fahmi turut menyampaikan anugerah bagi kategori Filem Terbaik yang dimenangi filem Khadam.

Kemenangan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta berserta trofi.

Selain itu, Khadam turut membawa pulang sembilan anugerah lain termasuk Pengarah Terbaik menerusi Shamyl Othman dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dirangkul pelakon cilik Zarra Zhaf. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *