KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang suri rumah di sini, untuk mendapatkan keuntungan segera tidak kesampaian, malah wang simpanannya berjumlah RM111,631 pula lesap, selepas menyertai skim pelaburan saham dalam talian tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kejadian bermula pada 14 Oktober lalu, apabila mangsa terlihat iklan menawarkan pelaburan saham di Facebook.
Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan, kemudian menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu untuk maklumat lanjut.
“Mangsa kemudiannya berurusan dengan dua individu berbeza yang menerangkan kaedah serta syarat pelaburan, selain menjanjikan pulangan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.
“Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa mengikut segala arahan diberikan termasuk membuat pemindahan wang secara berperingkat ke enam akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azli berkata, keseluruhan urusan pelaburan itu dilakukan secara dalam talian tanpa sebarang pertemuan bersemuka antara mangsa dengan individu terbabit.
Katanya, mangsa menggunakan wang miliknya sendiri untuk tujuan pelaburan berkenaan, namun tidak menerima keuntungan seperti dijanjikan.
“Mangsa akhirnya menyedari dirinya diperdaya selepas gagal memperoleh sebarang pulangan walaupun sudah membuat 16 transaksi membabitkan jumlah keseluruhan RM111,631.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Dia kemudian membuat laporan polis di sini, kira-kira 11.30 pagi semalam,” katanya.
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
