Kerjasama PH-BERSATU bukan formula ampuh tarik undi Melayu – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Kerjasama terhad dengan BERSATU mungkin menjadi antara pilihan terbaik Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun pendekatan itu dijangka tidak mampu membawa perubahan ketara terhadap sokongan kepada gabungan berkenaan.

Ini kerana sebahagian pengundi sudah membuat keputusan untuk tidak menyokong PH, meskipun gabungan itu berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik atau mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.

Penganalisis politik daripada Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat, berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini memperlihatkan pendekatan terbaik yang boleh dipertimbangkan PH, iaitu mengelak pertembungan dengan BERSATU di kerusi tertentu.

Beliau berkata, strategi itu bertujuan mengelak perpecahan undi ketika berdepan calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun ia masih gagal menyekat kemaraan ‘Gelombang Biru’ yang menyapu bersih semua kerusi majoriti Melayu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, kerjasama penuh dengan BERSATU pula berisiko memakan diri PH kerana sengketa lampau antara kedua-dua pihak boleh menyebabkan penyokong asal masing-masing semakin menjauhkan diri.

“Cara terbaik untuk PH ialah model yang digunakan pada PRN Melaka iaitu tidak bertanding di beberapa kawasan bagi mengelak pertembungan dengan BERSATU. Namun, pendekatan itu ternyata masih gagal membuahkan hasil.

“Sokongan golongan atas pagar yang menjadi teras sokongan PH semakin mengecil, walaupun gabungan itu berjaya menguruskan ekonomi dan kos sara hidup dengan baik sebagai peneraju kerajaan,” katanya.

Chin Huat berkata, setakat ini kerjasama antara PH dan BERSATU tidak banyak membantu kedua-dua pihak, apatah lagi kebolehpindahan undi yang tinggi antara BN dan PN menyebabkan persaingan di banyak kerusi semakin tidak kompetitif.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi bukan Melayu yang rendah, sekiranya berulang pada PRU16, boleh memberi kesan besar terhadap peluang PH mempertahankan kerusi.

“Jumlah keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina di Melaka dianggarkan 20 peratus lebih rendah berbanding pengundi Melayu.

“Walaupun keadaan ini tidak cukup untuk menjejaskan PH di Melaka, gabungan itu mungkin kehilangan banyak kerusi pada PRU16,” katanya.

Chin Huat berkata, DAP sebagai parti yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam PH pula akan terus menjadi sasaran mudah serangan politik pihak lawan.

Beliau berkata, ramai pemimpin DAP perlu meningkatkan ‘literasi budaya Melayu’, sambil merujuk kecaman terhadap kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, berhubung penguatkuasaan arahan penutupan premis perniagaan ketika solat Jumaat di Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, usaha pemimpin DAP mendekati masyarakat Melayu dan memahami budaya mereka juga tidak semestinya dapat mengelak parti itu daripada terus menjadi sasaran.

“Pemimpin DAP yang rapat dengan orang Melayu dan memahami budaya Melayu dengan baik seperti Steven Sim serta Howard Lee turut tidak terlepas daripada serangan,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan, senada bahawa kerjasama PH-BERSATU tidak banyak membantu memperbaiki kedudukan kedua-dua pihak pada pilihan raya.

“BERSATU memang tidak mampu membawa undi Melayu yang amat diperlukan PH. Tiga PRN sebelum ini menunjukkan pengundi Melayu tidak mempunyai masalah untuk mengundi sama ada calon BN atau PN,” katanya.

Azmi berkata, DAP dan tindakan segelintir pemimpinnya turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara BN dan PN.

“Jadi, saya tidak fikir pakatan PH-BERSATU akan membawa perubahan, terutama seperti yang dibuktikan di Melaka kerana BERSATU tidak mampu mencuri undi daripada BN-PN.

“Malah, parti BERSAMA menunjukkan prestasi jauh lebih baik dalam mencuri undi berbanding BERSATU,” katanya.

Sebaliknya, Azmi mencadangkan PH mengambil kesempatan daripada isu yang berpotensi merenggangkan hubungan BN dan PN, khususnya berkaitan rundingan pengagihan kerusi menjelang PRU16.

“Ini akan menjadi isu utama antara BN-PN. PH wajar mempertimbangkan untuk menawarkan pengagihan kerusi yang lebih baik kepada BN. Antara BN dan PH, pertindihan kerusi adalah minimum,” katanya. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *