Patung Trump bogel bersalut emas dipamer di Parlimen Eropah

STRASBOURG – Sebuah patung kontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dipamerkan di bangunan Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis, sebagai kritikan terhadap dasar dan pengaruh politik beliau.

Karya setinggi kira-kira 2.6 meter itu dihasilkan oleh seniman Denmark, Jens Galschiot, yang menampilkan Trump dalam keadaan bogel dan disaluti lapisan emas 23 karat.

Patung yang diberi nama ‘The Orange Plague’ dan turut digelar ‘King of Injustice’ itu menggambarkan Trump berada di atas bahu seorang lelaki yang kelihatan lemah sambil memegang kayu golf dan simbol timbangan keadilan.

Menurut Galschiot, karya berkenaan melambangkan kebimbangannya terhadap tindakan Trump yang disifatkan mengancam alam sekitar dan sistem antarabangsa berasaskan peraturan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pameran itu ditaja oleh Ahli Parlimen Eropah dari Denmark, Per Clausen, yang berkata ia bertujuan mencetuskan perbincangan mengenai penggunaan kuasa dalam politik global dan kesannya terhadap Eropah.

Patung itu dipamerkan sehingga Khamis sebelum diteruskan ke lokasi lain termasuk persidangan iklim COP31 di Antalya, Turkiye.

Setakat ini, Trump belum memberikan sebarang reaksi terhadap karya berkenaan. – Agensi

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *