BATU PAHAT – Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.
Perintah tahanan reman hingga 15 Okt itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Sebelum ini, remaja terbabit direman enam hari bermula 4 Okt lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dan rakan sekelas suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang pada 3 Okt lepas.
Irene Sofiya kemudiannya disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat.
Polis sebelum ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada Ahad lepas selepas selesai proses bedah siasat. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
