Azizulhasni sebak lepaskan John Beasley: ‘Pergilah ke tempat yang lebih menghargaimu’

KUALA LUMPUR – “John, pergilah. Pergilah ke tempat yang lebih menghargaimu.”

Kata-kata itu mungkin kedengaran seperti restu seorang atlet kepada jurulatihnya yang bakal membawa haluan baharu, namun di sebaliknya tersimpan luka, kekecewaan dan kesedihan seorang anak didik yang menyaksikan insan penting dalam perjalanan kariernya seolah tidak lagi dihargai di bumi yang pernah dibantunya membina kejayaan.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menyembunyikan emosinya ketika berbicara mengenai jurulatih yang banyak berjasa kepadanya, John Beasley, yang kontraknya bersama Malaysia tidak disambung dan kini bakal meneruskan khidmat bersama Jepun.

Bagi Azizulhasni, pemergian Beasley bukan sekadar kehilangan seorang jurulatih. Ia kehilangan seorang tokoh yang memainkan peranan besar dalam membentuk dirinya menjadi antara pelumba trek terbaik dunia, selain membantu mengangkat Malaysia sebagai pencabar yang disegani di pentas Asia dan antarabangsa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Di sebalik kejayaan pernah dikecapi, terselit persoalan lebih besar: bagaimana seorang jurulatih yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan sukan negara akhirnya terpaksa mencari tempat lain untuk meneruskan perjuangannya?

Azizulhasni meluahkan kekecewaannya apabila mendedahkan Beasley turut menerima sokongan daripada jurulatih dan atlet negara lain yang mempersoalkan cara jurulatih kelahiran Australia itu dilayan.

“Negara lain pun tahu kredibiliti dia. Hati dia macam mana?

“You know…

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Selepas apa yang berlaku kepada John itu, ramai jurulatih dan atlet daripada negara lain cakap, ‘You don’t do that to John’ (kamu tak boleh melayan John begitu).

“Kerana dia memang baik, tahu tak,” katanya dengan nada penuh emosi.

Kata-kata itu menggambarkan betapa mendalamnya penghargaan Azizulhasni terhadap Beasley, bukan sahaja sebagai seorang jurulatih memiliki kepakaran tinggi, tetapi juga sebagai insan meletakkan kepentingan atlet dan pembangunan sukan melebihi kepentingan dirinya sendiri.

Bagi seorang atlet menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di velodrom, hubungan dengan jurulatih bukan sekadar hubungan profesional. Ia terbina melalui latihan memeritkan, kekalahan mengecewakan, kecederaan menguji ketahanan dan detik kemenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Jurulatih ialah insan melihat kelemahan ketika orang lain hanya melihat potensi, yang terus memberikan keyakinan ketika atlet sendiri mula meragui kemampuan, dan tetap berdiri di sisi anak didiknya ketika impian kelihatan semakin jauh untuk dicapai.

Justeru, apabila Azizulhasni berbicara mengenai pemergian Beasley, emosinya bukan sekadar lahir daripada rasa kehilangan seorang jurulatih. Ia turut membawa kesedihan seorang atlet yang percaya jasa dan pengorbanan insan berkenaan sepatutnya diberikan penghormatan sewajarnya.

“Lepas itu, kehilangan dia untuk negara ini memang satu benda besar. Benda tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pengakuan itu cukup untuk menggambarkan betapa besarnya kedudukan Beasley dalam ekosistem berbasikal trek Malaysia. Kehilangannya bukan perkara kecil boleh diselesaikan hanya dengan melantik pengganti atau menyusun semula program latihan.

Pengalaman, kefahaman terhadap karakter atlet, kebijaksanaan membaca perlumbaan serta hubungan kepercayaan dibina bertahun-tahun tidak boleh dipindahkan begitu sahaja daripada seorang jurulatih kepada orang lain.

Malah, kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia bukan sekadar bergantung pada kemudahan latihan atau kecanggihan teknologi sukan. Ia turut menuntut kepimpinan, kesabaran dan kemampuan seorang jurulatih membentuk atlet supaya berani mencabar batas kemampuan sendiri.

Beasley, dalam perjalanan panjangnya bersama Azizulhasni dan skuad berbasikal trek negara, menjadi sebahagian daripada usaha itu.

Namun, di sebalik kekecewaan diluahkan, Azizulhasni turut menyatakan rasa lega apabila Beasley akhirnya mempunyai peluang untuk meneruskan kerjayanya di tempat diyakininya mampu menghargai sumbangan dan kepakarannya.

“Namun, ada kebaikan dan keburukannya. Bagi saya, saya gembira akhirnya dia pergi. Kerana ramai sangat yang menikam belakangnya. Melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap dia.

“Tetapi, sekurang-kurangnya dia pergi ke negara yang akan menghargainya, tempat dia boleh melakukan perkara yang menjadi minat dan kecintaannya, iaitu membantu atlet,” katanya.

Kenyataan itu membawa dua perasaan yang bertembung dalam hati seorang anak didik. Dia sedih kerana negaranya kehilangan seorang jurulatih diyakini mampu terus menyumbang, tetapi pada masa sama lega kerana insan dihormatinya itu berpeluang meneruskan perjuangan di tempat baharu.

Ada kalanya, melepaskan seseorang bukan bermakna kita tidak mahu dia terus bersama kita. Sebaliknya, kita merelakannya pergi kerana tidak sanggup melihatnya terus berada dalam keadaan membuatkan segala pengorbanannya seolah-olah tidak bernilai.

Itulah yang terpancar daripada luahan Azizulhasni. Di sebalik air mata dan nada kecewa, terselit keikhlasan untuk melihat Beasley kembali melakukan perkara dicintainya tanpa perlu menanggung kekecewaan sama.

Azizulhasni turut menceritakan pesanan disampaikannya kepada jurulatih itu ketika mereka membicarakan masa depan Beasley.

“Saya cakap kepada dia, ‘John, just go, you know. At least you are in a good place’,” katanya.

Pergilah, John. Sekurang-kurangnya kamu berada di tempat yang baik.

Ringkas, tetapi cukup menyentuh perasaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *