Xavi nikmati kemenangan sulung bersama Belanda

PARIS (AFP) – Xavi Hernandez meraih kemenangan pertama sebagai ketua jurulatih Belanda selepas pasukannya menewaskan Serbia 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara di Belgrade, awal pagi tadi, manakala Denmark menundukkan Wales.

Belanda terikat 1-1 dengan Jerman dalam penampilan sulung Xavi, Khamis lalu namun dua gol Mexx Meerdink cukup untuk membantu mereka mengatasi tentangan sengit Serbia dan mengumpul empat mata daripada dua perlawanan Kumpulan A2.

Skuad Oranje memilih legenda Barcelona, Xavi untuk menerajui pasukan selepas tersingkir secara mengecewakan di tangan Maghribi pada pusingan 32 terakhir Piala Dunia.

Serbia mensia-siakan peluang terbaik untuk mendahului pada minit ke-17 apabila Dejan Joveljic yang tidak dikawal dalam kotak penalti hanya mampu melakukan percubaan tepat ke arah penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Belanda kemudian menerima tamparan apabila pemain sayap Liverpool, Cody Gakpo terpaksa meninggalkan padang akibat kecederaan sebelum digantikan Ruben van Bommel.

Namun, anak buah Xavi membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi penyerang AZ Alkmaar, Meerdink yang menyempurnakan sepakan penalti untuk gol antarabangsa pertamanya selepas Aleksa Terzic mengasari Crysencio Summerville.

Pengendali Serbia, Veljko Paunovic memasukkan Luka Jovic pada babak kedua dan percaturan itu membuahkan hasil hampir serta-merta apabila bekas penyerang Real Madrid berkenaan menyumbat gol susulan situasi kelam-kabut di depan gawang, kurang seminit selepas permainan bersambung.

Bagaimanapun, Belanda kembali mendahului pada minit ke-69 apabila Meerdink yang membuat penampilan sulung antarabangsa menentang Jerman melepaskan rembatan kaki kiri ke penjuru bawah gawang selepas menerima hantaran pemain gantian, Guus Til.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Denmark bangkit daripada kekalahan dramatik kepada Norway, Khamis lalu dengan menewaskan Wales 2-0 di Copenhagen dalam aksi Kumpulan A4.

Denmark yang gagal layak ke Piala Dunia selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Republik Czech pada aksi playoff kini memenangi empat pertemuan terakhir menentang Wales.

Penyerang tuan rumah, Gustav Isaksen menyaksikan jaringannya pada babak pertama dibatalkan kerana ofsaid sebelum percubaan Mikkel Damsgaard singgah di tiang.

Denmark akhirnya membuka jaringan lapan minit selepas babak kedua bermula apabila kapten Wales, Ben Davies tertampan sepakan percuma Damsgaard ke gawang sendiri menggunakan lengannya ketika diasak Rasmus Hojlund.

Tuan rumah menggandakan kelebihan 13 minit kemudian apabila rembatan Isaksen yang terkena pemain lawan melantun masuk selepas mengenai palang ketika Wales yang tewas kepada Portugal dalam aksi pembukaan, sekali lagi gagal menangani situasi bola mati.

Dalam Liga B, Austria mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas David Affengruber, Junior Adamu dan Carney Chukwuemeka masing-masing menjaringkan gol ketika menewaskan Kosovo 3-1 di Vienna.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *