Penguat kuasa rasuah: Kerajaan perlu tegas, perkenalkan hukuman sebat mandatori

MCW gesa status tindakan susulan PAC berkaitan UiTM Holdings didedahkan

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius polemik terbaharu mengenai kerugian UiTM Holdings Sdn. Bhd. dan menggesa semua pihak membezakan antara fakta tadbir urus, proses pemulihan dan percaturan politik.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, kerugian RM157.04 juta yang diperkatakan bukan kerugian baharu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merujuk kepada kerugian sebelum cukai bagi tahun kewangan 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Kata beliau, Pengerusi UiTM Holdings, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang mengambil alih pada Ogos 2025, turut menjelaskan kepimpinan semasa sedang melaksanakan pelan pemulihan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Perkara ini telah melalui penelitian institusi negara. PAC membentangkan Laporan DR.3/2024 mengenai UiTM Holdings pada 18 Mac 2024.

“Dalam tindakan susulan, PAC mengakui beberapa penambahbaikan oleh KPT dan UiTM, tetapi turut menyifatkan Pelan Strategik 10 Tahun UiTM Holdings sebagai terlalu optimistik dan perlu disesuaikan dengan cabaran sebenar.

“Justeru, MCW berpandangan perbahasan hari ini tidak seharusnya berhenti pada persoalan “siapa harus dipersalahkan?”,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jais, persoalan lebih penting ialah apakah status pelaksanaan syor PAC selepas lebih dua tahun?

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Apakah hasil penyusunan semula yang telah dilakukan KPT? Apakah prestasi kewangan dan KPI UiTM Holdings sekarang?,” soal beliau.

Pada masa sama, ujarnya lagi, SPRM mengesahkan siasatan pada 2023 masih berjalan, termasuk berkaitan projek solar 50MW di Gambang dan pembayaran RM42 juta yang dilaporkan dibuat bagi tujuan tidak berkaitan projek serta tanpa kelulusan lembaga.

Siasatan itu, katanya, belum menentukan kesalahan mana-mana pihak.

“MCW menegaskan UiTM bukan milik mana-mana parti politik. Ia institusi pendidikan negara dan amanah besar masyarakat Bumiputera.

“Jangan jadikan UiTM medan pertarungan politik. Tetapi jangan pula gunakan alasan “isu legasi” untuk menutup tuntutan akauntabiliti.

“Buka fakta. Bentangkan kemajuan. Selesaikan siasatan. Tentukan pertanggungjawaban berdasarkan bukti,” tegasnya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *