RANTAU PANJANG – Suasana gotong-royong menceriakan Tanah Perkuburan Gual To’ Deh, dekat sini, kelmarin, bertukar misteri apabila satu rakaman kamera dipercayai memaparkan imej seperti wajah seorang penduduk muncul di sisi seorang lelaki yang sedang menjalankan kerja gotong-royong.
Rakaman oleh seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Kak Pah itu pada asalnya hanya rakaman biasa bagi mengabadikan aktiviti penduduk ketika bergotong-royong menanam pokok bunga di sekitar kawasan perkuburan.
Dalam rakaman itu, kelihatan seorang penduduk sedang menolak kereta sorong ketika melakukan kerja gotong-royong.
Namun, apabila rakaman tersebut ditonton semula, Kak Pah menyedari terdapat satu bentuk yang kelihatan seakan wajah manusia muncul berhampiran bahagian sisi individu terbabit.
“Pada mulanya saya tidak perasan. Saya hanya tengok semula rakaman itu selepas selesai gotong-royong. Bila diperhatikan, tiba-tiba nampak seperti ada wajah di sebelahnya,” katanya.
Menurut Kak Pah, kewujudan imej itu membuatkan dirinya tertanya-tanya kerana ketika rakaman dibuat, beliau tidak menyedari sebarang perkara pelik berlaku di lokasi berkenaan.
Rakaman itu kemudiannya menjadi perhatian beberapa penduduk yang turut menontonnya.
Ada yang mengakui bentuk tersebut memang kelihatan seperti wajah seseorang, manakala sebahagian yang lain berpendapat ia mungkin hanya kesan cahaya, bayang-bayang, pergerakan objek atau pantulan yang terakam kamera.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Lebih menarik perhatian, rakaman tersebut dibuat ketika puluhan penduduk sibuk bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan menanam kira-kira 100 pokok bunga kertas.
Aktiviti berkenaan turut melibatkan kerja membersihkan kawasan, menyediakan tempat tanaman dan mengindahkan bahagian luar pagar tanah perkuburan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sesiapa dapat memastikan apakah sebenarnya imej yang kelihatan dalam rakaman tersebut.
Tiada juga dakwaan dibuat bahawa imej berkenaan mempunyai kaitan dengan perkara ghaib.
Apa yang pasti, rakaman ringkas itu kini mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk Gual To’ Deh.
Betul-betul wajah orang atau sekadar bayangan dan kesan rakaman kamera? Persoalan itu terus menjadi tanda tanya selepas aktiviti gotong-royong kelmarin.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
