Oleh; Editorial ND
EDITORIAL sebenarnya sudah boleh agak dari awal bagaimana kesudahan drama DAP ini.
Sebaik sahaja Anthony Loke buka mulut kepada media dan mengumumkan DAP akan serahkan keputusan kepada lebih 4,000 perwakilan untuk menentukan sama ada parti itu akan terus bersama kerajaan perpaduan atau sebaliknya, editorial sudah mula tersenyum.
Bukan sebab lucu. Tetapi, sebab skripnya terlalu mudah dibaca. Kononnya keputusan besar akan diserahkan kepada perwakilan. Kononnya parti sedang berdepan persimpangan getir. Kononnya masa depan DAP dalam Kerajaan Perpaduan akan ditentukan oleh akar umbi.
Maka, berduyung-duyunglah media menjadikan kenyataan itu bahan utama. Muka depan. Tajuk besar. Analisis sana sini.
Ada yang mula bertanya, apakah DAP benar-benar akan keluar kerajaan? Apakah Kerajaan Perpaduan akan berdepan krisis?Apakah bakal berlaku perubahan besar dalam politik negara?
Editorial pula? Senyum seorang diri. Editorial tak main besar berita murahan sebegini. Editorial sekadar selit kecil saja di sudut ruang. Editorial lebih kepada pantau media sosial dan aplikasi Whatsapp.
Banyak mesej persoalan masuk. Editorial balas satu demi satu dari kawan-kawan yang bertanya.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
โKau rasa DAP betul-betul nak keluar?โ Tanya kawan.
Jawapan editorial mudah.
โAlah, sandiwara saja tu.โ
โSerius?โ balas kawan.
โKau ingat DAP ini tak pandai berlakon ke?โ
โJadi kau yakin mereka akan kekal?โ tanya kawan mahu kepastian.
โMerekalah parti yang paling bijak berlakon.โ
Bukan susah sangat pun hendak membaca penghujung cerita. Kalau benar mahu keluar, keluar sahajalah. Tak perlu terlalu banyak teaser. Tak perlu buat suspense.
Tak perlu serahkan kepada ribuan perwakilan seolah negara sedang menunggu keputusan paling mendebarkan dalam sejarah politik Malaysia.
Tetapi, begitulah politik. Kadang-kadang keputusan sudah ada, cuma pengumuman belum ada.
Editorial ketika itu, malah sudah berkata kepada kawan-kawan:
โKau tunggu nanti. Simpan jawapan aku ini. Print kalau perlu. Bandingkan dengan keputusan malam 16 Ogos nanti.โ
Dan, ramalan editorial ketika itu lebih kurang begini:
โKita putuskan untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Selepas PRU-16 nanti, kita akan buat keputusan sama ada mahu bersama kerajaan atau tidak.โ
Dan, akhirnya? Tepat. Sebiji. Tidak lebih. Tidak kurang.
Malam tadi, editorial tersenyum lagi seorang diri. Bukan kerana rasa hebat dapat meramal politik. Tetapi, kerana sandiwara yang diramalkan akhirnya berjalan mengikut skrip yang sudah dibaca dari awal. Bukan keluar, cuma โberlakon mahu keluarโ
Jadi sekarang rakyat bolehlah menarik nafas lega. DAP tidak keluar. Kerajaan tidak runtuh. Tiada perubahan besar. Tiada drama pecah kerajaan. Tiada pilihan raya mengejut.
Yang tinggal hanyalah satu persoalan: Apa sebenarnya yang berlaku sepanjang drama ini?
DAP beri isyarat. Beri tekanan. Serahkan kepada perwakilan. Maka, perwakilan pun buat keputusan. Dan, akhirnya… DAP kekal juga.
Macam cerita bersiri. Episod pertama: DAP mungkin keluar. Episod kedua: DAP serahkan kepada perwakilan. Episod ketiga: Perwakilan buat keputusan. Episod akhir: DAP kekal sehingga tamat penggal.
Penonton pun tepuk tangan.
Bukan kerana jalan ceritanya hebat. Tetapi, kerana akhirnya semua sudah tahu bagaimana ceritanya akan berakhir. Yang menarik, skrip selepas ini pun sudah boleh dijangka. Sekarang tunggu pula bab berikutnya.
Selepas ini mungkin akan ada kenyataan bahawa keputusan untuk kekal adalah demi kestabilan negara.
Demi rakyat. Demi reformasi. Demi memastikan kerajaan dapat meneruskan agenda pentadbiran. Semua itu kita hormati.
Tetapi, editorial cuma mahu bertanya satu soalan kecil: Kalau akhirnya memang mahu kekal, mengapa perlu mencipta begitu banyak tanda tanya tentang kemungkinan keluar?
Itulah yang membuatkan rakyat tertanya-tanya. Adakah ini strategi politik? Adakah ini cara untuk meningkatkan tekanan terhadap rakan dalam kerajaan?
Atau sekadar mahu menunjukkan DAP masih mempunyai pilihan?
Apa pun jawapannya, satu perkara sudah jelas. DAP tidak keluar. Dan, editorial tidak perlu menjadi ahli nujum untuk menjangkakannya.
Cukup sekadar membaca politik. Akhirnya siapa yang menentukan? DAP boleh membuat keputusan untuk kekal sehingga tamat penggal.
Itu hak mereka. Malah, kalau mahu kekal sampai saat akhir pun, tiada siapa boleh menghalang. Tetapi, ada satu perkara yang mungkin perlu diingat oleh semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Penggal akan tamat. Pilihan raya akan datang. Dan selepas itu, rakyat pula yang akan membuat keputusan. Ketika itu tiada lagi perwakilan yang boleh menentukan.
Tiada lagi mesyuarat khas. Tiada lagi kenyataan media. Tiada lagi teaser mahu keluar atau mahu kekal. Rakyat akan memegang pen. Kalau DAP memang begitu yakin dengan segala keputusan yang dibuat sepanjang penggal ini, maka tidak perlulah terlalu risau.
Jumpa sahaja rakyat di PRU-16 nanti. Biar rakyat pula menentukan sama ada sandiwara ini layak diberi sambungan musim kedua atau terus ditamatkan selepas musim pertama. – ND
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
