Serpihan tayar sebabkan suami isteri maut dalam nahas dengan lori di PLUS

TAPAH – Hasrat sepasang suami isteri untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Tapah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, motosikal berkenaan dipercayai terlebih dahulu melanggar serpihan tayar yang berada di laluan kecemasan sebelum hilang kawalan dan terjatuh ke laluan utama lebuh raya.

Keadaan itu menyebabkan motosikal terbabit masuk ke laluan sebuah lori yang sedang bergerak dari Klang ke Ipoh, mengakibatkan perlanggaran yang meragut nyawa kedua-dua mangsa.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di Kilometer 342.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, lori berkenaan berada di laluan kiri lebuh raya ketika kejadian, manakala motosikal terbabit dalam perjalanan dari Gombak ke Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati ketika sampai di KM342.9, lori yang berada di laluan kiri lebuh raya telah melanggar motosikal yang sebelum itu melanggar objek di laluan kecemasan, iaitu serpihan tayar, sebelum jatuh masuk ke laluan sah lori.

“Lori yang berada terlalu dekat tidak sempat mengelak lalu menyeret motosikal berkenaan sejauh kira-kira 10 meter sebelum berhenti di lorong kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian abdomen.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tapah, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

Pembonceng motosikal pula disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan yang dialami dalam nahas tersebut.

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu turut menyebabkan perjalanan di laluan berkenaan terjejas sementara pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan di lokasi, mengumpul bukti serta menguruskan mangsa dan kenderaan yang terlibat.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti secara terperinci punca kemalangan, termasuk keadaan motosikal sebelum kejadian, kedudukan serpihan tayar di laluan kecemasan serta faktor lain yang mungkin menyumbang kepada nahas.

Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melibatkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Polis Daerah Tapah di talian 05-401 1222 atau kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain, menerusi talian 017-325 6140.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *