Mayat dalam beg pakaian dalam Sungai Perak disahkan wanita, dibunuh – Polis

IPOH – Polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar petang semalam, adalah seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham Harun berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an, namun identitinya belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.12 petang, memaklumkan telah menjumpai mayat di dalam Sungai Perak berhampiran jeti berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. 

Dalam pada itu, Heisham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar menerusi talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *