GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sindiket penipuan yang menawarkan pakej pelancongan ke Jepun secara dalam talian selepas menyerbu sebuah kondominium mewah di Tanjung Bungah, di sini yang dijadikan pusat panggilan, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut serta Balai Polis Tanjung Tokong pada 4.45 petang itu, tujuh lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 25 hingga 37 tahun turut ditahan.
“Hasil serbuan turut merampas pelbagai peralatan komputer dan telekomunikasi yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan penipuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pakej pelancongan ke Jepun secara dalam talian dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan, manakala kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 Ogos untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
