PULAU PINANG – Tawaran awam permulaan (IPO) Stratus Global Holdings Berhad menerima sambutan menggalakkan apabila bahagian awam terlebih langganan 128.82 kali.
Nilai keseluruhan permohonan mencecah RM2.6 bilion sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat.
Stratus Global bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pasa 21 Julai ini.
Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Stratus Global, Ryo Natisawa berkata, pihaknya berasa terdorong dengan sambutan yang memberangsangkan terhadap IPO syarikat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelabur atas keyakinan serta sokongan mereka.
“Kami percaya sambutan yang memberangsangkan ini mencerminkan pengiktirafan rekod prestasi Stratus Global yang terbukti, keupayaan khusus dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automatik bilik bersih, dan peluang jangka panjang dalam industri semikonduktor global,” katanya.
Beliau berkata, syarikat menerima sejumlah 45,065 permohonan daripada orang awam Malaysia untuk 3,245,543,200 IPO bernilai kira-kira RM2.6 bilion, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 128.82 kali ganda.
Sementara itu, 30 juta IPO yang dikhaskan untuk permohonan oleh individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya.
UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd, selaku Penasihat Utama, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO tersebut, telah mengesahkan semua 145 juta saham yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau pelabur terpilih yang dikenal pasti serta semua 156,250,000 Saham IPO yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI, telah dilanggan sepenuhnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L