Pokok Tumbang Dalam Kejadian Ribut

Oleh: Ismail Daud

RANTAU PANJANG – Tiga pokok tumbang hampir menghempap rumah dalam kejadian ribut beserta hujan lebat di sini petang semalam.

Dalam kejadian tersebut kabel elektrik yang menyambungkan tiang utama ke rumah seorang penduduk, tertanggal dan terjatuh ke tanah akibat ditimpa pokok tumbang.

Abd Ghaffar Daud, 62, berkata, ketika kejadian itu dia sekeluarga tiada di rumah kerana mengunjungi saudaranya di Kedah.

“Apabila pulang ke rumah, didapati sebatang pokok langsat tumbang hampir mengenai rumah sehingga menghalang laluan.

“Kabel elektrik yang menyambung ke rumah turut dihempap pokok tersebut.

“Sebatang lagi tumbang di belakang rumah dan sebatang lagi berdekatan jalan raya yang juga menghempap kabel elektrik,” katanya.

Abd Ghaffar berkata, laporan segera dibuat kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan semula kabel tersebut pada tiangnya.

“Terima kasih pihak TNB kerana segera bertindak membetulkan kabel tersebut demi keselamatan keluarga dan kanak-kanak yang lalu lalang di kawasan laluan ke rumah saya, ” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *