PM Australia mohon maaf selepas ulasan mengenai Kylie Minogue cetus kontroversi

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak menghormati wanita ketika menjawab soalan dalam sebuah siaran podcast baru-baru ini.

Albanese muncul dalam podcast Bush Deep yang dikendalikan pelawak Nikki Osborne pada Khamis lalu. 

Dalam sesi tersebut, beliau diminta memilih antara penyanyi Kylie Minogue, pelakon Nicole Kidman dan penghibur Rhonda Burchmore untuk satu soalan berbentuk hipotetikal mengenai siapa yang akan dikahwini, dijadikan pasangan temu janji atau hubungan intim.

“Saya baru berkahwin, baru enam bulan,” kata Albanese, namun Osborne terus mendesaknya untuk membuat pilihan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Oh, Kylie, sudah tentu,” jawab beliau.

Osborne kemudian bertanya sama ada beliau akan mengahwini, menjalinkan hubungan atau melakukan ketiga-tiganya dengan Minogue.

“Semuanya sekali. Dia memang hebat,” kata Albanese.

Dalam podcast sama, Osborne turut mengajukan soalan bersifat peribadi mengenai kehidupan rumah tangga Albanese bersama isterinya, Jodie Haydon.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Albanese menjawab secara berseloroh bahawa mereka masih mempunyai masa untuk kehidupan romantik apabila keadaan mengizinkan.

“Selepas perlawanan bola. Kemenangan Souths sentiasa menjadi pembangkit semangat,” katanya, merujuk kepada pasukan liga ragbi South Sydney Rabbitohs.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk Senator Sarah Henderson, Menteri Bayangan bagi Komunikasi dan Keselamatan Digital daripada parti pembangkang Liberal.

Menerusi hantaran di platform X, Henderson menyifatkan komen Albanese dalam podcast itu sebagai tidak menghormati wanita, memalukan rakyat Australia dan menjatuhkan martabat jawatan Perdana Menteri.

Pada Isnin, Albanese mengeluarkan permohonan maaf melalui pejabatnya.

“Saya memohon maaf tanpa sebarang syarat terhadap komen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *