Kenderaan BMW diguna PM aset sedia ada kerajaan – JPM

KUALA LUMPUR – Kenderaan jenis BMW yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini merupakan aset sedia ada milik kerajaan, bukannya kenderaan rasmi baharu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) dalam kenyataan di Facebook pada Isnin memaklumkan, kenderaan itu merupakan aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.

Menurut kenyataan itu, aset berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan protokol dan standard keselamatan antarabangsa sepanjang lawatan rasmi ketua negara serta ketua kerajaan bertaraf presiden atau perdana menteri ke Malaysia.

“Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka khas bagi menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Penggunaan kenderaan itu oleh Perdana Menteri adalah bersifat sementara atas nasihat serta penilaian keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut hantaran itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan pertukaran sementara berkenaan dibuat kerana kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani proses penyelenggaraan berkala.

Penjelasan itu dibuat bagi menafikan dakwaan serta spekulasi yang tular di platform media sosial berhubung status pemilikan kenderaan berkenaan yang digunakan Perdana Menteri. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *