CUCKOO Malaysia perkenal dana impian RM100,000 bawah pelan CSR baharu

KUALA LUMPUR – CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) memperkenalkan CUCKOO Dream Fund bernilai RM100,000 di bawah pelan induk tanggungjawab sosial korporat (CSR) baharu menerusi Projek ‘CUCKOO Loves, Cares’ bagi memperkasa bakat kreatif generasi baharu.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, kejayaan perniagaan perlu seiring dengan impak sosial yang dibawa syarikat.

Seiring pertumbuhan syarikat, tanggungjawab kami untuk menambah baik kediaman, ruang sekeliling serta meningkatkan standard kehidupan rakyat Malaysia turut berkembang.

“Penyatuan semua inisiatif di bawah satu pelan induk CSR membolehkan syarikat bergerak lebih strategik dengan matlamat jelas sebagai Pencipta Kediaman Sihat yang memberi impak berterusan kepada komuniti,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek “CUCKOO Loves, Cares” di sini.

CUCKOO Dream Fund dilancarkan di bawah jenama tindakan CSR #SAMASAMAEmpower sebagai usaha menyokong bakat kreatif berusia 15 hingga 30 tahun, termasuk pelajar, graduan baharu dan pencipta kandungan bebas.

Beliau berkata, dana itu menawarkan peruntukan sehingga RM10,000 bagi setiap projek, merangkumi Geran Kreatif sehingga RM5,000 serta Geran Penyelarasan Impak Sosial sehingga RM5,000 bagi projek yang mempunyai nilai komuniti jelas.

Keseluruhan RM100,000 itu akan diagihkan menerusi dua kitaran permohonan, masing-masing bernilai RM50,000.

“Kitaran pertama dibuka dari 1 Julai hingga 30 September 2026, manakala butiran kitaran kedua akan diumumkan kemudian.

“Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan projek serta video pembentangan berdurasi dua minit merangkumi bidang seperti kandungan digital dan penceritaan, muzik dan seni bunyi, reka bentuk dan seni visual, seni persembahan dan gerakan serta bengkel kreatif,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *