KUALA LUMPUR – Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di susur keluar Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 pagi.
Menurut kenyataan JBPM, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sri Hartamas telah dikerah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan terbakar dengan tiga mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan.
“Dua mangsa ditemukan rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
JBPM memaklumkan punca kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L