PRN Johor Jadi Ukuran Awal Sokongan Rakyat Terhadap Bersama – Rafizi

KUANTAN – Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan pertama untuk mengukur tahap penerimaan dan sokongan rakyat terhadap parti itu yang baru ditubuhkan kira-kira sebulan lalu.

Pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, keputusan PRN tersebut akan menjadi petunjuk penting bagi menilai sokongan pengundi daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India terhadap Bersama.

Menurut beliau, parti itu telah menetapkan sasaran sokongan tertentu bagi menilai kekuatan serta potensi perkembangan gerakan politik berkenaan pada masa hadapan.

“PRN Johor merupakan proses berterusan untuk memperkenalkan Bersama kepada rakyat. Kami sedar sukar bagi sebuah parti yang baru ditubuhkan untuk menyaingi parti-parti besar seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Kancil di sini pada Ahad.

Rafizi menegaskan bahawa apa juga keputusan yang dicapai dalam PRN Johor tidak akan mengubah hala tuju Bersama yang akan terus bergerak secara solo sehingga pilihan raya akan datang dan dalam jangka panjang.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya itu akan digunakan untuk menambah baik kelemahan parti, namun strategi dan pendirian Bersama untuk bergerak sendiri akan dikekalkan.

Dalam perkembangan sama, Rafizi memaklumkan lebih 70 individu telah menawarkan diri untuk menjadi calon Bersama di Johor. Jumlah kerusi yang akan ditandingi dijangka diumumkan secara rasmi hari ini, manakala pengenalan calon akan diadakan pada Jumaat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *