Trump Lanjut Gencatan Senjata Iran, Sekatan Laut Kekal

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan lanjutan tempoh gencatan senjata dengan Iran bagi memberi ruang kepada Tehran mengemukakan cadangan penyelesaian bersama.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan permintaan pihak Pakistan, termasuk ketua tenteranya dan perdana menteri, yang memohon penangguhan tindakan ketenteraan bagi membolehkan rundingan diteruskan.

Dalam masa sama, Trump menegaskan sekatan maritim terhadap Iran akan terus dilaksanakan, dengan tentera Amerika Syarikat (AS) kekal bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut memaklumkan gencatan senjata itu akan dilanjutkan sehingga cadangan rasmi daripada Iran dikemukakan dan perbincangan dimuktamadkan.

Perkembangan itu berlaku ketika delegasi AS yang diketuai Naib Presiden dijangka mengadakan rundingan lanjut, selepas pusingan awal perbincangan sebelum ini gagal mencapai kata sepakat.

Terdahulu, gencatan senjata yang diumumkan awal bulan ini dijadualkan tamat dalam masa terdekat, namun kini dilanjutkan bagi membuka ruang kepada penyelesaian diplomatik. — BERNAMA — ANADOLU

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *