KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan dasar subsidi bahan api sedia ada akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan mengejut walaupun berdepan tekanan ekonomi global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan pendirian kerajaan berhubung perkara tersebut dalam situasi semasa ketika negara berhadapan ketidaktentuan geopolitik global.
Langkah itu, katanya, diambil bagi memastikan kestabilan ekonomi negara melindungi kebajikan rakyat serta menangani kesan kemungkinan konflik berpanjangan di Asia Barat terhadap bekalan tenaga global.
“Kerajaan akan membuat sebarang keputusan berkaitan subsidi secara berhati-hati berdasarkan analisis data menyeluruh, selain terus melibatkan pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan bagi merangka dasar yang lebih komprehensif dan berkesan,” katanya.
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L