Kebakaran Kampung Bahagia: Pemandu Lori Bantuan Terkejut Lihat Kemusnahan

SANDAKAN – Seorang pemandu lori yang menghantar bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia mengakui terkejut melihat tahap kemusnahan akibat insiden tersebut.

Menurutnya, keadaan di lokasi kejadian amat menyayat hati apabila sebahagian besar kawasan perkampungan atas air itu musnah sepenuhnya, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal serta harta benda.

Beliau berkata, misi menghantar bantuan yang pada awalnya disangka berjalan seperti biasa bertukar menjadi pengalaman mengejutkan apabila berdepan situasi tidak dijangka sebaik tiba di kawasan terjejas.

Kebakaran besar yang berlaku sebelum ini dilaporkan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menjejaskan ribuan penduduk, sekali gus memaksa mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan orang ramai tampil menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Pemandu berkenaan turut berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal dalam tragedi tersebut. — BERITA HARIAN

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *