EPB dapat ‘lampu hijau’ pemegang saham pindah penyenaraian ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR – EPB Group Bhd. memperoleh kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk meminda perlembagaan syarikat bagi mempermudah cadangan pemindahan penyenaraian syarikat dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd. (Bursa Securities).

Penyedia penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan itu berkata, resolusi berkenaan diluluskan hari ini iaitu pada mesyuarat agung luar biasa di Pulau Pinang.

EPB sebelum ini berkata, langkah ini akan meningkatkan kredibilitinya, selain meningkatkan pengiktirafan dalam kalangan pelabur terutamanya dana institusi, selaras dengan skala operasinya yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, cadangan pemindahan ke Pasaran Utama mewakili perkembangan semula jadi untuk EPB ketika syarikat terus mengembangkan perniagaan dan mengukuhkan kehadiran serantau.

“Pindaan ini memastikan rangka kerja tadbir urus kami kekal sejajar dengan piawaian kawal selia yang lebih tinggi, mencerminkan komitmen kami terhadap ketelusan, akauntabiliti dan penciptaan nilai jangka panjang,” katanya.

Syarikat itu juga mengesahkan ia memenuhi keperluan syarat-syarat pemindahan dicadangkan seperti dinyatakan dalam garis panduan ekuiti yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Pemindahan ini yang tertakluk kepada kelulusan daripada SC dan Bursa Securities dijangka diselesaikan pada suku ketiga 2026.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *